Press Statement (English)
Title: nanoSkunkWorkX team selected as finalists for the 2020 MIT Solve Global Challenge: Health Security & Pandemics category, with Hybrid Rapid Test Kit for SARS-CoV-2 Proposal.
13 Sep 2020
Kuala Lumpur, Malaysia
Dr Amani Salim leads the nanoSkunkWorkX team to develop the world’s first nanotechnology-powered rapid diagnostic kit using saliva for detecting SARS-CoV-2 to diagnose COVID-19. The nanoSkunkWorkX’s Hybrid Rapid Test Kit for SARS-CoV-2 proposal has been selected as one of 15 finalists (and the sole diagnostics-based solution) worldwide for the Health Security and Pandemic category in the MIT Solve 2020 Global Challenges competition.
A record total of over 2,600 solutions from 135 countries were submitted, out of which 90 were selected across 6 categories to present at the Virtual Solve Challenge Finals on September 29, 2020 where over USD $2mm of prize money will be awarded to selected Solver teams.
Dr Amani and team (including key collaborators at the International Islamic University of Malaysia, IIUM) have designed a low-cost (targetted to cost less than USD 1 per test), portable, scalable, foolproof, and fast method for detecting SARS-CoV-2. We aim to make RT-PCR obsolete for the COVID19 war by doing away with the reliance on vulnerable and expensive imported reagent supplies, as well as labour-, energy-, and resource-intensive and immobile molecular diagnostics facilities.
nanoSkunkWorkX’s technology delivers crucial capability especially in low/middle income countries (LMIC) with weaker public health systems, while still delivering high performance (simulated performance 95%++ specificity / sensitivity with LoD of 5 viral copies per uL based on in silico computational molecular modelling). This is achieved using innovative technologies to embed 3D-graphene structures within nanoSkunkWorkX’s nano-engineered Sensor Dot (nSD) technology, applying electrochemical sensing techniques evolved from Dr Amani’s work at NASA with the SporeSat project as well as proprietary molecular assembly techniques developed in Malaysia. Her earlier work that led to innovations pioneered in SporeSat won her the Thora Halstead Young Investigator Award in 2012.
We invite all Malaysians to vote in support of our submission for the Community Prize on top of the primary Solver Funding Prizes in contention.
Dari NASA ke Bumi !
Majulah Sains untuk Negara !
END

Kenyataan Media (Bahasa Malaysia)
Tajuk: Terpilih ke saingan akhir MIT 2020 Solve Global Challenge. Kit ciptaan anak tempatan memerlukan sokongan rakyat Malaysia.
13 Sep 2020
Kuala Lumpur, Malaysia
Pasukan nanoSkunkWorkX yang diketuai oleh Dr Amani telah membangunkan alat diagnostik pantas pertama di dunia menggunakan nanoteknologi untuk mengesan SARS-CoV-2 bagi mengenal pasti Covid-19. Alat yang merupakan satu-satunya cadangan penyelesaian berasaskan diagnostik telah terpilih di antara 15 perserta akhir peringkat dunia dalam pertandingan MIT Solve 2020 Global Challenges untuk kategori Keselamatan kesihatan dan Pandemik. Sebanyak 2,600 penyertaan telah dikemukakan dari 135 negara. 90 daripadanya terpilih mewakili 6 kategori untuk pembentangan di Virtual Solve Challenge Finals pada 29 September ini. Cadangan-cadangan yang terpilih akan memenangi geran-geran sejumlah sebanyak 2 juta Dolar AS.
Pasukan Dr Amani termasuk rakan kolaborasi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah membangunkan alat diagnostik berkos rendah, mudah alih, mudah diguna, pantas mengesan SARS-COV-2 dan mudah dibangunkan untuk skala besar. Ia disasarkan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap reagent import yang mahal serta memerlukan tenaga kerja yang ramai serta makmal diagnostik yang mahal dan berkedudukan tetap.
Teknologi dibangunkan oleh nanoSkunkWorkX yang berketepatan tinggi ini menyediakan solusi penting terutamanya untuk negara berpendapatan rendah / sederhana negara (LMIC) dengan sistem kesihatan awam yang lemah disamping mengekalkan kualiti pengesanan yang tepat.
Ketepatan tinggi ini dicapai menggunakan teknologi inovatif dengan menanam struktur 3D-graphene di dalam teknologi nano-engineered Sensor Dot (nSD) yang dihasilkan nanoSkunkWorkX. Ia adalah aplikasi teknik penginderaan elektrokimia yang dikembangkan daripada projek SporeSat Dr Amani di NASA dan kemudian digabungkan bersama teknik integrasi molekul proprietari yang berjaya dikembangkan di Malaysia. Projek inovasi yang menjayakan projek SporeSat NASA yang dipelopori Dr Amani melayakkan beliau memenangi anugerah Thora Halstead Young Investigator Award pada tahun 2012.
Kami menyeru rakyat Malaysia untuk mengundi dan menyokong projek ini untuk menjadi pemenang Community Prize (Anugerah Masyarakat) bagi mengembangkan hasil ciptaan anak Malaysia di persada dunia.
Dari NASA ke Bumi !
Majulah Sains untuk Negara !
TAMAT